Nak Kaya & Bahagia? Ini “Kunci” Yang Ramai Orang Terlepas Pandang!

Home » Nak Kaya & Bahagia? Ini “Kunci” Yang Ramai Orang Terlepas Pandang!

Nak Kaya & Bahagia? Ini “Kunci” Yang Ramai Orang Terlepas Pandang!

 

Lebih kurang 10 tahun lepas, saya pernah berada di satu situasi atau keadaan yang ‘paling teruk’ dalam hidup.. Bisnes hampir melingkup, duit nak bayar  gaji staff tak ada, malah duit untuk tampung diri sendiri pun tak ada! Hidup penuh tertekan!

Anda boleh bayangkan keadaan saya masa tu? Atau anda sendiri pernah alami situasi yang sama?

Tapi, bila dikenang balik, saya bersyukur sebab Allah berikan dugaan begitu. Sebab dari situ jugalah yang menjadi ‘titik mula’ untuk saya betul-betul kenal dan faham dengan maksud “kekayaan & kebahagian” yang saya nak sangat capai dengan bisnes yang saya jalankan.

Ada orang kata.. “Kau tak bahagia pun takpe.., janji kau boleh bahagiakan orang lain..”

Tapi bagi saya, mana mungkin saya boleh bahagiakan orang sekeliling kalau EMOSI saya sendiri celaru dan tak tentu arah! Setuju?

Sampai satu ketika, saya mula faham & belajar dengan ungkapan “MOTION CREATES EMOTION”.. Apa maksud ungkapan ni?

Paling senang, kalau kita nak emosi kita stabil, kita perlu bergerak! Ubah luaran dulu.. Nak happy? Senyum dulu.. Nak rasa bersemangat? Cuba lompat-lompat dulu.. InsyaAllah anda akan mula rasa aura yang positif masuk dalam diri, automatik emosi pun akan lebih baik!

Tapi.. selain dari hidup bahagia, majoriti dari kita yang bergelar usahawan ni pun mesti kejar untuk ‘hidup kaya’ bukan? Ramai yang beranggapan, bila dah kaya, automatik kita akan bahagia.. Sebab dah tak perlu stress soal duit yang tak cukup! Apa family nak, kita boleh bagi.. Mana mereka nak pergi, kita boleh bawa.. Ada duit banyak, lagi banyak kita boleh bersedekah..

Kaya ni tak semestinya dengan harta. Istilah kaya yang sebenar bagi saya adalah REZEKI. Dan rezeki ini luas..

Ada orang rezekinya kaya dari segi harta, ada orang rezekinya ramai kawan yang baik-baik, ada orang rezekinya dipermudahkan segala urusan dan bermacam-macam lagi.

Boleh ke saya hidup kaya dan bahagia? Macam mustahil je…

Ya, memang mustahil kalau kita sendiri yang percaya macam tu!

Allah S.W.T juga dah berfirman : “Aku mengikut sangkaan hamba Ku”

Maka bersangka baik lah! Percaya dan yakin yang kaya & bahagia itu semuanya datang dari Allah! Tugas kita ni sebagai manusia, USAHA yang semampu dan sebaik mungkin selagi kita masih ada kudrat.

Saya suka berpesan kepada setiap orang yang hadir ke program FunnelEvo.. “Jangan cakap tak reti, buat dulu baru tahu!”

Kalau anda ada idea untuk buat sesuatu yang bagus, buat saja! Just do it! Kalau dah ada peluang depan mata untuk kita hidup kaya & bahagia, cepat-cepat bertindak! Fikir tu jangan lama sangat.

Kita ni semua bila dah sampai ajalnya, pasti akan mati meninggalkan dunia ni.

Hari-hari hidup stress & miskin mati, hidup kaya & bahagia pun mati.. mana satu yang kita nak pilih?

Kaya dan bahagia ni susah, tak semua orang boleh dapat!

Bukan susah… tapi MALAS!

Sama seperti point yang saya tulis kat atas tadi.. Rezeki tu bukanlah hak kita, tapi rezeki tu adalah hak Allah untuk tentukan. Hak kita cumalah perlu usaha sehabis baik.. Percayalah, Allah melihat setiap usaha hambaNya..

KESIMPULAN

Duit kekayaan atau kebahagian adalah sesuatu yang majoriti orang kejar.

Alhamdulillah, dari pengalaman saya berniaga, jatuh bangun, saya dah lalu satu fasa yang buat saya “kenal sangat” dengan maksud kaya dan bahagia ni. Sampaikan nak ‘SERU’ dia datang, InsyaAllah mudah!

Itu sebabnya saya akan adakan Seminar EVOLUSI pada 7-8 Mac 2020 nanti.

Ada orang cakap yang seminar saya adakan ini hanya sekadar “seminar gula-gula” yang hujungnya akan ada upsell.. Betul ke?

Itu pendapat orang ramai yang memang saya tak boleh nak control.. Tak kisah lah.. FOKUS saya cuma satu, saya serius nak berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa ini supaya lebih ramai jiwa tersentuh & ber’evolusi’ untuk jadi lebih baik! Samada hidup kaya mahupun bahagia..

Sebab tu juga buat pertama kalinya saya akan adakan seminar ini selama 2 hari berturut-turut. Ya, 2 hari! iaitu pada 7-8 Mac 2020 nanti.. InsyaAllah lebih banyak input, lebih energy, lebih emosi positif untuk anda alami nanti.

Anda BOLEH KLIK DISINI untuk join ‘waiting list’ jika serius berminat nak join..

KLIK JER KAT SINI SEKARANG!

Share:

Share on whatsapp
Share on facebook
Share on telegram
Share on linkedin
Share on twitter

Pendaftaran Seminar Evolusi Akan Dibuka Pada 6/2/2020, Jam 11 Pagi..

Rahsia Bagaimana Anda Mahu

Hidup Kaya & Bahagia

Tanpa Perlu Rasa Down & Sedih Lagi Tentang Duit Atau Rezeki Yang Tak Pernah Cukup, Rasa ‘Down’ Bila Kerja Dan Bisnes Tak Jadi, Runsing Tentang Masa Depan Yang Malap!

Masukkan NAMA, EMEL & NO PHONE Dibawah Untuk Join ‘Waiting List’ Sekarang!

Follow Facebook Page

Paling Popular

Dapatkan Perkongsian Terkini!

Subscribe To Our Weekly Newsletter

No spam, notifications only about new products, updates.

Baca Lagi...

4 Tips Pemasaran Ketika Raya

Raya sudah tiba! Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima olehNya, amin! Bagaimana dengan bisnes anda ketika bulan Ramadhan? Sudah

Share on whatsapp
Share on telegram
Share on facebook
Share on twitter
Scroll to Top