Pernah Ada RM 7.50 Sahaja Dalam Akaun. Kini Jana Sales RM 1 Juta. » FahdiGhazali.com

Pernah Ada RM 7.50 Sahaja Dalam Akaun. Kini Jana Sales RM 1 Juta.

Pernah Ada RM 7.50 Sahaja Dalam Akaun. Kini Jana Sales RM 1 Juta.

Masa mula-mula bisnes memang ayah dan bakal suami tak setuju untuk buat bisnes ni. Sebab boleh jana income ke? Tapi bagi saya, bisnes ini saya minat.”

Ini kisah founder dan CEO kepada Indah Wedding, Puan Ummi Zaharah Mohamad Dom. Bisnes beliau ialah wedding planner.

Puan Ummi cerita sebelum mulakan bisnes beliau struggle masa itu sebab ayah susah payah buat bisnes.

Masa beliau di sekolah rendah ayah Puan Ummi diisytiharkan muflis selepas bisnes ayah beliau gagal.

“Saya faham memang masa itu agak susah untuk ayah berbisnes sebab hutang.”

Selepas tamat belajar Puan Ummi merupakan fresh graduate dalam bidang interior design. 

Masa itu Puan Ummi bantu bisnes ayah beliau. Bisnes construction. Ayah beliau ialah engineer. Puan Ummi rasa perlu ada effort lain untuk bantu ayah beliau.

Masalah masa tolong ayah beliau buat bisnes ialah masa company ayah Puan Ummi banyak lobi kerja. Jadi tak ada certainty. Ayah beliau juga ada masalah kewangan.

Saya terfikir untuk bantu ayah dan dapat ilham untuk  buat bisnes wedding planner. Duit modal masa itu dalam RM3000 sahaja.”

Bakal suami dengan ayah Puan Ummi tak setuju awalnya tapi beliau bertegas untuk teruskan bisnes. 

Awal berbisnes memang Puan Ummi buat sendiri semua kerja. Hias pelamin, buat kad, hantaran pun buat sendiri.