Pernah Diberhentikan Kerja Semasa PKP, Kini Buat Bisnes Jana RM 1.4 Juta. » FahdiGhazali.com

Pernah Diberhentikan Kerja Semasa PKP, Kini Buat Bisnes Jana RM 1.4 Juta.

Pernah Diberhentikan Kerja Semasa PKP, Kini Buat Bisnes Jana RM 1.4 Juta.

“Saya diberhentikan kerja dengan alasan yang tidak munasabah.Saya tak diberi peluang untuk pertikaikan keputusan itu.”

Ini kisah Tuan Sofie pengasas Annisaa Group. Perniagaan telekung beliau telah tempuhi banyak fasa yang mencabar.

Tuan Sofie sebelum beliau mula bisnes beliau kerja makan gaji sahaja. Masa itu beliau kerja sebagai pelukis pelan.

Gaji masa itu RM 5000 jadi beliau rasa selesa sehinggalah Tuan Sofie dipanggil oleh boss beliau

“Dua hari naik kerja after PKP, boss panggil nak bincang sesuatu. Bila bincang saya terkejut bila dia cakap saya kena cari kerja baru dalam masa 6 bulan.”

Tapi petang itu on the spot beliau dipecat dan diberi notis 24 jam untuk letak jawatan. Ada sedikit tarik tali bila boss beliau suruh sign resignation letter.

Beliau nak baca surat tersebut tapi tak dapat baca. Jadi beliau terus sign resignation letter.

Pampasan yang diberi syarikat hanya dua bulan gaji sahaja.

Bila beliau dapat peluang baca, sebab dipecat ialah main game dan tak siap kerja.

Tuan Sofie sebelum ini kerja dengan company lain beliau sentiasa siapkan kerja beliau. Jadi Tuan Sofie hairan. Memang personally beliau nak saman dekat labour office. 

Kalau Tuan Sofie fight di Pejabat Buruh beliau boleh dapat pampasan RM120,000 untuk setahun pendapatan.

“Sejak berhenti kerja, saya mula fokus pada bisnes sebelum ini iaitu HRT Hijab Collections dan sales bulan Mei RM 170,000”

Beliau tak expect sales meningkat sebab sebelum PKP sales hanya RM 50,000. Bulan seterusnya hit sales sampai RM 210,000.

Bisnes ini sebenarnya dibuat dari rumah saja dan secara kebetulan ada rezeki bina team dropship.