Sebaik baik manusia adalah manusia yang memberi manafaat kepada yang lain

1013647_10203882659571288_5455776151101267132_n

1

Negeri Kelantan dan Malaysia semalam dikejutkan dengan pemergian seorang Murabbi yang sangat dihormati dan dikasihi oleh ramai orang. Dato’Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Allahurabbi..

Secara jujurnya, saya tidak pernah melihat tok guru dari dekat walaupun saya tinggal di Kelantan. Rumah saya dan rumah beliau juga tidak terlalu jauh. Sekitar 5km-10km sahaja. Rasa sedikit kecewa. Yang biasa dilihat hanya gambar dan poster-poster tok guru yang banyak di tampal di sekitar negeri ini.

Saya bukanlah seorang yang taksub dan fanatik tentang politik atau terlalu mengikuti perkembangan tok guru. Cuma sebagai rakyat Kelantan, saya sangat suka berada di bawah pentadbiran beliau. Saya suka dengan cara beliau memimpin. Biarpun dari sudut kemodenan dan pembangunan, Kelantan agak tercicir, tetapi, bagi saya yang paling penting bukan pembangunan infranya pada peringkat ini. Yang penting adalah pembangunan sahsiahnya dulu.

Bila sahsiah sudah OK, maka infranya juga pasti akan mudah.

Saya akui, biarpun saya tidak mengenali dengan terlalu rapat sosok tubuh bernama tok guru Nik Aziz ini, sejak dari semalam setiap kali membaca berita, melihat video dan gambar-gambar beliau cukup membuat air mata saya jatuh. Entah kenapa ada rasa ‘kehilangan’ yang amat.

Benarlah… “Sebaik baik manusia adalah yang memberi manafaat kepada orang lain…”

Tok guru Nik Abdul Aziz banyak memberi manafaat. Terutama dari sisi seorang muslim. Senyum dan percakapannya sahaja cukup lembut yang boleh membuatkan hati yang marah menjadi tenang, yang tak kenal boleh jatuh cinta.

Selamat beristirehat Tok Guru Nik Abdul Aziz.

**************************

UPDATE CK40H

Berat Badan: 98.3kg

 

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!