Sindrom ‘Shiny Object’ boleh membunuh bisnes anda

The-Cure-for-Shiny-Object-Syndrome“Abang buat bisnes hartanah, alhamdulillah! Dapat 1 juta setahun. Releks la. Jual 1 hartanah untung dah puluh-puluh ribu. Cukup makan beberapa bulan”

1

Ali yang dengar ‘sembang’ juta-juta si abang mula teruja. Keluar air liurnya untuk dapat juta-juta. Fikirannya merewang memikirkan apa yang boleh dibeli bila dapat duit sebanyak itu. Rumah besar, kereta mewah dan melancong ke stadium bola sepak Manchester United di UK bersama orang rumah.

“Engkau bisnes sen-sen Ali, jual barang penat tiap-tiap hari. Cukup bulan dapat 2-3 ribu aje sebulan. Jom, join abang jual tanah. Nanti kaya cepat siket!”

Ali yang sudah termakan cerita abang Long Fadhil terus setuju!

****************

Selang beberapa minggu, Ali terjumpa dengan sahabat lamanya di sebuah kedai. Sahabatnya dulu hanya pakai kereta kancil, sekarang dah pakai BMW 5 Series M-Sport! Warna putih lagi.. Memang kereta idaman Ali.

“Kau buat apa sekarang Ali?” Tanya sahabatanya

“Aku jual nasi pagi dan pasar malam. Jual tanah jugak”

“La… susah tu. Untung sen-sen. Kalau jual tanah pun bukan semua orang boleh beli. Jom buat bisnes online. Senang, mudah. Orang call/sms je kalau nak order. Kau hantar pos laju, setel. Duit hari-hari masuk! Tak yah pening! Paling best jual produk kecantikan. Sekali orang borong, mahu puluh-puluh ribu. Ada sampai ratus ribu! Masyuk beb! ”

Nafsu Ali sekali lagi bergolak. Nafsu untuk kaya dan buat bisnes naik membuak-buak. Apatah lagi kereta BMW 5 Series M-Sport wana putih ada depan mata.

“Okay, berapa modal aku perlu ada?”

*****************

The list goes on. Ali akan tetap menjumpa peluang demi peluang. Semua terhidang seolah-olah ia lazat untuk dijamah. Pun begitu, 99% Ali adalah seorang yang gagal.

Kenapa?

Inilah yang orang putih katakan “Shiny Object Syndrome” – Sindrom tertarik kepada benda bersinar.

Apa objek yang bersinar yang dimaksudkan?

Objek tersebut adalah dalam bentuk peluang. Bayangkan, jika Ali berjumpa dengan 10 orang berjaya dan masing-masing menawarkan Ali peluang. Sampai satu masa, Ali tidak akan boleh membuat keputusan dan dia akan hanyut dan tenggelam dalam ‘Shiny Object Syndrome”.

Buat A separuh, tinggal buat B. Buat B separuh, tinggal buat C….

Akhirnya apa pun tak jadi!

Stick to one plan! F-O-C-U-S!

F – Forget

O – Other

C- Commitment

U- Until

S- Success

FOCUS walaupun satu-satu projek nampak seperti impossible. Buat dulu sehabis baik sebelum give up dan mula cari bisnes baru. All the best!

• Meet the Author ➞ fahdighazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!