Stop Cari Kata-Kata Motivasi Jika Anda Nak Berjaya. » FahdiGhazali.com

Stop Cari Kata-Kata Motivasi Jika Anda Nak Berjaya.

Stop Cari Kata-Kata Motivasi Jika Anda Nak Berjaya.

Pernah tak, anda banyak buku, quotes motivasi tapi last-last tak ada semangat juga? Lemau, lembik kembali lepas hanya 5 minit membaca quotes. Paling lama pun sehari. Rasa mula-mula kena tampar, tapi sakit dan merahnya pipi tu terlalu sekejap. Paling menyedihkan, result pun tak dapat. 

Apa jadi lepas dah banyak baca kata-kata motivasi?

  1. Masih PENAKUT nak bertindak
  2. Masih SLOW buat keputusan. 
  3. Masih FOKUS kegagalan 
  4. Masih SEDIH lihat KEJAYAAN orang berbanding diri sendiri. 
  5. Masih KECOH isu semasa berbanding isu diri sendiri. 
  6. Masih BLUR ke mana hidup, bisnes nak pergi. 
  7. Masih tak BERSYUKUR…

Sebab itu, belajarlah banyak mana pun ilmu bisnes, nak buat sikit punya susah. Kan?

Saya faham…. Apa yang anda alami ini saya pernah alaminya. 

Saya perlu akui, saya adalah penggila kata-kata motivasi sejak dari sekolah lagi. Buku, quotes, video motivasi saya saya baca dan lihat untuk 1 tujuan –  Naikkan semangat! 

Tambah lagi, jika berniaga, ada banyak cabaran yang dihadapi setiap hari yang memerlukan kita ada makanan otak. Motivasi saya anggap sebagai makanan yang mengeyangkan untuk menenangkan fikiran. 

Cakap sahaja. Tony Robbins, Stephen Covey, Robin Sharma… Semua saya baca!

Tapi itu dulu, selepas saya baca buku-buku ini, saya rasa ada ‘something is missing’. Ada sesuatu yang hilang. 

Saya belajar 1 perkara yang mengejutkan saya. 

Kata-kata motivasi sahaja tidak cukup! Ia belum dapat mencapai ‘level’ yang lebih dalam. Baca kata motivasi ni seperti topping atas kek. Isi dalamnya tak kena langsung. Ia sekadar berlegar di fikiran tetapi tidak kekal dalam hati. 

‘Kekal dalam hati’ adalah motivasi yang paling penting.  Kekal dalam hati supaya perubahan itu kita boleh buat sekarang! Itu penting. 

Tips motivasi tertinggi yang saya dapat setelah lama pencarian adalah….

Kita semua akan MATI. 

Saya pegang 1 perkara

Buat MATI, 

Tak buat pun MATI

Buat sungguh-sungguh MATI

Buat bodoh-bodoh (Main-main) pun MATI

Buat sekarang MATI

Buat kemudian pun MATI

Masuk seminar MATI

Tak masuk seminar pun MATI

Berniaga MATI

Tak berniaga pun MATI

Buat baik MATI

Buat jahat pun MATI

Soalannya, MATI yang mana 1 jadi pilihan. 

Pesanan Imam al-Ghazali : “Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati MATI. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!”

Disebabkan itu, saya adakan seminar Evolusi. Saya mahu anda belajar ‘Beyond Motivasi’. Tujuannya saya nak beri ‘SPARK’ percikan api yang lama sudah padam. Saya akan kupas lebih dalam supaya anda faham dan masuk ke dalam hati. Kita semua akan MATI. Bertindak MATI, berfikir pun MATI. 

Silakan… jika ada kebaikan, anda boleh lakukan tindakan. 

Saya akan buka pendaftaran pada 2 Februari 2021 nanti. Biasanya dalam sehari 1000 tikat akan sold out. 

Siapa cepat dia dapat. Register untuk launching disini www.Evolusi21.com

Suite 65-1, 2 & M, Jalan PJU 5/21, Encorp Strand, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

T: +603 6151 5221
E: [email protected]

Siapa Fahdi Ghazali?

Fahdi Ghazali merupakan pengasas kepada jenama FunnelEvo, Mentorhack, SaleSkip, Wira Capitals, Evotizer & EvoBina. Beliau komited membantu usahawan khususnya SME untuk menaikkan jualan bisnes mereka melalui Digital Marketing. Alhamdulillah, melalui FunnelEvo, beliau dan team telah berjaya melahirkan ramai usahawan berjaya, dan ratusan dari mereka telah pun mencapai status jutawan.

Scroll to Top