Tak Jemu Bersedekah, Asbab Bisnes Tuan Kamil Jana Sales RM 300,000. » FahdiGhazali.com

Tak Jemu Bersedekah, Asbab Bisnes Tuan Kamil Jana Sales RM 300,000.

Tak Jemu Bersedekah, Asbab Bisnes Tuan Kamil Jana Sales RM 300,000.

 

Jemput rezeki dengan bersedekah dan jaga silaturahim.”

Cerita pasal sedekah, Tuan Kamil teringat tahun 2012. Masa itu ada hutang kereta dengan komitmen yang tinggi.

Tuan Kamil pula hobi beliau masa itu main RC. Radio controlled car. Bahasa pasar nya kereta control.

“Masa main RC ni duit banyak habis dekat situ saja. Nak beli beras pun tak ada duit.”

Jadinya beliau mula meniaga dekat pasar malam. Tuan Kamil jual baju masa itu. Sampailah satu hari ribut. Bila ribut barang jualan habis semua hilang. 

Nak kata bisnes baju itu ok tak juga. Beliau memang rugi bayar sewa tapak saja. Hasilnya tak berapa nak ada. Sebab ikut kawan saja buka bisnes tapi tanpa ilmu

Lepas itu beliau jadi ejen insurans Prudential, ejen emas. Masa ini beliau dalam proses matangkan diri.

Tahun 2015 beliau ada uruskan bisnes kereta sewa. Tuan Kamil sewakan kereta dekat seorang hamba Allah ini.

Satu hari dapat call dari polis. Polis bagi tahu kereta beliau terlibat dalam kes jenayah. Terkejut beliau masa itu. 

Kereta itu dijadikan sebagai transport untuk bawa warga Myanmar, ikut sempadan Thailand. Bila jadi macam itu kereta itu dirampas dan dilucut hak.

Bawah akta Pemerdagangan Manusia kalau sesebuah harta dilucut hak nak tuntut balik memang tak dapat balik dah. Kalau merayu pun tak akan dapat balik.

Walaupun dah tiada kereta tapi masih kena bayar dengan bank.

Lawyer masa itu pun tak tahu dah nak buat apa. Lagi sakit bila beliau ada bagi orang urus kereta sewa. Tapi orang itu mungkir janji. 

Bulan pertama orang itu bayar okay tapi bulan kedua dia pergi enjoy dengan duit urus kereta sewa itu.

Bila dah macam itu anak pertama masa itu akan lahir. Jadi tak dapat bayar kos hospital.

Tapi itu semua kisah lama. Sekarang Tuan Kamil buat bisnes baru pula.

Siapa sangka kerjaya sebagai seorang guru selama 11 tahun telah bantu Tuan Kamil bina bisnes berjaya.