TENTANG

1

Fahdi Ghazali atau nama penuh Mohd Fahdi Bin Mohd Ghazali, 30 tahun merupakan pengarah urusan kepada SIFOO International Sdn Bhd. Beliau mula aktif dalam pemasaran menggunakan internet sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Bermula hanya dari rumah sahaja, pada tahun 2013, beliau mula menubuhkan syarikat sendiri yang 100% memfokuskan memasar produk dan servis di online.

Syarikat ini berperanan untuk memasarkan banyak produk kesihatan, kecantikan didalam dan luar negara. Syarikat ini juga aktif dalam pasaran antarabangsa untuk memasarkan produk-produk info dalam perniagaan online marketing.

Selain itu, beliau juga aktif membantu peniaga-peniaga di Malaysia untuk meningkatkan pendapatan mereka melalui online marketing melalui seminar bisnes online #FunnelEvo yang beliau adakan hampir setiap bulan di Kuala Lumpur. Setakat hari ini, sudah beribu peniaga hadir ke seminar Funnel Evo dan mendapat hasil darinya.

Misi beliau sekarang adalah untuk membantu lebih ramai lagi peniaga memasarkan produk atau servis di online dengan menggunakan sistem Funnel. Sistem Funnel bukan hanya memfokuskan pemasaran 1 dimensi sahaja (Dalam kes di Malaysia, hanya fokus kepada pemasaran Facebook), tetapi menggunapakai konsep integrasi ‘harmoni’ antara Facebook, Google, Website dan Email Marketing. Konsep ini adalah konsep marketing online alaf baru yang pasti akan memberi impak yang besar kepada mereka yang  menggunakannya.

Beliau belajar di SMS Tengku Muhammad Faris Petra dan kemudian ke Universiti Teknologi PETRONAS dalam bidang kejuruteraan Kimia. Pernah bekerja sebagai jurutera di PROTON. Berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Beliau berasal dari Pasir Puteh Kelantan dan sekarang menetap di Kota Bharu Kelantan.