Tutorial 4 – Buka Akaun GetResponse (Emel Marketing)

1

Untuk membantu anda membuat marketing melalui emel, anda perlu dapatkan satu sistem yang memudahkan anda menghantar emel kepada setiap pelanggan anda. Salah satu sistem yang menyediakan servis email marketing adalah GetResponse.

GetResponse memberi anda peluang untuk mendapatkan servis mereka secara percuma selama sebulan. Jadi, selama sebulan ini, anda boleh nikmati kelebihan email marketing dengan menggunakan GetResponse secara percuma.

Ikut tutorial ni satu per satu ye.

#Cara Membuka Akaun GetResponse

1- Masuk ke link https://app.getresponse.com/login.html. Klik “Try it free for 30 Days” untuk membuka akaun baru.

2- Isi maklumat  dan Klik ” Create account”.

Nota :

Emel yang digunakan mestilah emel official khas untuk produk atau servis  dan bukan emel peribadi .

**EMEL WAJIB @gmail.com atau @domainname

Kenapa Gmail? :

GetResponse akan memberi amaran sekiranya  menggunakan emel selain gmail. Ini kerana GetResponse ingin mengelakkan emel yang dihantar dipantul balik (gagal dihantar) kepada pelanggan anda. Untuk keterangan lanjut  boleh rujuk “https://support.getresponse.com/faq/shouldnt-use-yahoo-email-address

3- Mesej dibawah menunjukkan akaun akan diaktifkan.

4- Login ke emel yang dimasukkan ketika mendaftar di langkah 2 dan klik emel mengaktifkan akaun getresponse.

5- Isi maklumat diborang yang dipaparkan dan klik “update details”.



6- Pastikan no telefon yang dipaparkan adalah no telefon anda dan klik “Send Code”.

7- Semak kod yang dihantar ke telefon  dan masukkan kod di kotak “Enter Code”. Klik “Verify”.

8- Gambar di bawah menunjukkan akaun sudah berjaya diaktifkan.

 

Dah berjaya buka akaun? Tutorial seterusnya saya akan ajar cara emel marketing.

 

• Meet the Author ➞ Fahdi Ghazali



0 comments… add one

Don’t Be Shy » Leave a Comment!